Saturday 30 April 2016

Filled Under:

SYAFIE NASWIP BERCINTA DENGAN PELAKON BARU??? SYAFIE MUATNAIK FOTO MESRA DI INSTAGRAM!!





Pelakon Syafie Naswip memberitahu gambar mesranya yang di muat naik dengan aktres Nadia Brian hanyalah untuk mencari keserasian dalam drama terbaharu mereka berjudul Sape Dari Itali....

Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 24, berkata, dia turut menafikan sudah mempunyai bait-bait cinta dengan pelakon baharu berkenaan selain tujuan untuk promosi awal untuk drama tersebut...

"Kami belum lagi sampai ke tahap bercinta itu cuma saya selesa bekerja dengan dia biarpun dia pelakon baharu, tapi dia berbakat dalam bidang lakonan ini." Ujarnya..

"Selain mencari keserasian sebagai gandingan, kami suka-suka bergambar bersama untuk tujuan promosi awal drama tersebut yang bakal disiarkan di RTM tidak lama lagi," ujarnya lagi...


Syafie berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tentang beberapa gambar mesra bersama pelakon Nadia Brian yang telah dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya dia dan wanita berkenaan....

Gambar-gambar tersebut juga mendapat maklum balas yang positif peminat dan juga beberapa rakan artis yang menyokong hubungan tersebut...

Sementara itu, Syafie berkata, drama tersebut menceritakan seorang wanita berasal dari negara Itali yang datang ke Malaysia untuk mencari bapa kandungnya...

"Ia tentang alat muzik tradisional Sarawak iaitu Sape dan tentang wanita dari Itali mencari bapa yang tinggal di Malaysia....

"Kami masih lagi menjalani penggambaran yang dilakukan di Terengganu," ujarnya pada mstar Onlne...




0 comments:

Post a Comment