Wednesday 27 April 2016

Filled Under:

ARJA LEE TERTEKAN SELEPAS MENDENGAR KATA-KATA PEDAS DARIPADA FAUZIAH AHMAD DAUD





Pelakon dan juga penyanyi Arja Lee bersyukur dengan undian yang diterima pada minggu ketiga baru-baru ini sehingga menempatkannya dirinya di kedudukan pertama... 

Walaupun begitu, itu bukanlah bermakna artis ini sudah cukup selesa kerana juri akan sentiasa mengharapkan kelainan yang lebih besar dengan pencapaian tersebut....

"Mendapat pujian kita perlu bersyukur dan pasti ada yang lebih besar juri harapkan daripada kita. Sebelum ini pun saya pernah juga kak Ogy mengharapkan lebih dan perlu keluar dari kepompong, saya mengenali kak Ogy orangnya macam mana dia sentiasa mengharapkan peserta 'think out of the box'...

"Sebenarnya pada malam itu saya agak tertekan (stress) kerana tenaga pengajar iaitu Pat Ibrahim banyak memberikan tunjuk ajar namun alhamdulillah saya bersyukur dengan hasilnya... Tujuan saya masuk program ini adalah kerana mahu mengetahui apa yang juri cari selain untuk mendapatkan pengalaman baru...

"Walaupun sudah berada di kedudukan pertama itu tidak bermakna saya yakin untuk sampai ke peringkat akhir kerana dalam program ini macam-macam boleh berlaku. Tengok saja apa yang sudah berlaku pada minggu di mana kononnya tiada penyingkiran. Pun begitu, saya bersyukur dengan pencapaian pada minggu ketiga ini dan untuk ke finale selebihnya terletak di tangan pengundi luar," jelasnya Arja Lee...

Terdahulu pemilik nama Azharudin Ramli atau dikenali sebagai Arjaa Lee pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian antaranya seperti Audition, Gangstarz dan Akademi Fantasia....




0 comments:

Post a Comment